Tahith Chong pamer aksi mantap pada penampilan keduanya

0

Selepas berjaya membuat penampilan pertama yang begitu baik bersama Birmingham City awal bulan Ogos ini, peminat Birminghan dikatakan tidak sabar untuk menyaksikan aksi Chong untuk perlawanan berikutnya terutama selepas dia pulih daripada kecederaan ringannya baru-baru ini.

Chong sekali lagi telah pamerkan aksi yang tidak mengecewakan kepada peminatnya bagi penampilan ke-2nya di situ. Chong yang dipinjamkan ke Birmingham City turun sebagai perancang tengah di belakang seorang penyerang utama dalam formasi 3-4-2-1.

Kelebihan bermain pada formasi ini membolehkan dia bergerak bebas di bahagian sayap di samping memberikan bantuan di bahagian tengah dan serangan. Chong berjaya melakukan gerakan awal pada permulaan perlawanan sekaligus memaksa penjaga gol pasukan lawan berkerja keras.

Chong telah bermain selama 86 minit dalam perlawanan menentang Bournemouth. Birmingham walau bagaimanapun tewas 0-2 dalam pada 13 minit baki permainan. Walaupun tewas, peminat mereka gembira dengan permainan yang dipamerkan Chong.

Apa yang mengembirakan kita, adalah kerana dia mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Persembahan yang dipamerkan Chong mendapat respon positif daripada peminat. Dia perlu terus bekerja keras untuk memastikan dia berjaya menjadi pemain yang disegani dalam liga ‘Championship’ ini. Dia juga harus membantu pasukannya itu memperbaiki kedudukan dalam liga selepas 2 perlawanan mereka kini berada di tempat ke-11.

Birmingham merupakan pasukan pilihan dalam liga ‘Championship’ pada musim ini. Namun kekalahan ini tidak bermakna mereka harus berasa malu kerana perjalanan masih lagi panjang. Selamat maju jaya Chong.

- Advertisement -