Tahith Chong merupakan pemain terbaik walaupun mengalami kecederaan pada minit ke 73.

0

Tahih Chong telah bermain hanya 1 perlawanan persahabatan pra-musim bersama pasukan United. Dia telah bermain 45 minit untuk memanfaatkan peluangnya untuk mempamerkan kualiti yang dia miliki.

Pada Sabtu lepas, pemain muda Belanda ini telah memulakan perlawanan pertamanya sebagai pemain pinjaman di Birmingham City. Dia telah memberikan impak yang positif kepada pasukan namun pengakhirannya sedikit pahit.

Lee Bowyer telah meletakkan Chong di posisi pemain tengah untuk menguji bakatnya bermain di posisi berkenaan daripada posisi asalnya di bahagian sayap. Ia berjalan dengan lancar.

Chong telah memainkan peranan penting di sepanjang perlawanan di mana Birmingham telah mencatatkan kemenangan mengejut 1-0 ke atas Sheffield United.

Chong telah memenangi 8 ‘duels’ dan 2 ‘blocked shot’. Dia juga telah banyak melakukan ‘pressing dan tackle off the ball’ dengan 7 ‘tackle’dikalangan rakan sepasukan. Dia juga telah memenangi 5 ‘possession’ dengan melakukan 3 percubaan ke arah pintu gol. Dia telah menjadi pemain terbaik perlawanan tersebut.

Namun yang menyedihkan, dia telah dikeluarkan pada minit ke 73 disebabkan kecederaannya. Di harapkan kecederaan tersebut tidak terallu lama kerana dia telah pamerkan aksi yang baik pada penampilan pertamanya pada perlawanan tersebut.

Musim ini merupakan musim penting bagi dirinya bagi membuktikan dia sama harus United kekalkan atau tidak. Dia telah dipinjamkan ke Werder Bremen dan Club Brugge pada musim lepas.

Dia mempunyai kualiti yang bagus dalam kawalan bola terutama di kawasan tengah permainan pada penampilan pertamanya itu. Dia harus mengambil peluang ini untuk terus kekal berada dalam kesebelasan utama pasukan. Ini akan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kariernya.

Peminat-peminat Birmingham suka melihat semangat, tenaga dan keinginannya Chong melakukan sesuatu yang berlainan kepada pasukan.

- Advertisement -