Portal Rasmi

Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU)

Tahith Chong Memukau Di Werder Bremen

Pemain muda Manchester United, Tahith Chong yang dipinjamkan ke Werder Bremen pada musim ini telah menunjukkan satu prestasi yang amat menakjubkan.

Beliau telah berjaya memecah masuk ke dalam kesebelasan utama pasukan selepas menjaringkan satu gol yang menarik.

Pemain berasal dari Belanda itu meninggalkan United untuk ke Werder Bremen pada perpindahan kali ini. Pemain berusia 20 tahun ini kurang digunakan dalam perlawanan pra-musim dan banyak memanaskan bangku simpanan sejak bermulanya Bundesliga.

Chong bermain dalam kesebelasan utama dalam perlawanan pertama yang menyaksikan pasukannya tewas 1-4 kepada Hertha Berlin dan tiga perlawanan seterusnya beliau menjadi pemain simpanan.

Pemain muda ini diberikan kepercayaan dalam kesebelasan utama ketika Bremen menang 4-1 ke atas St. Pauli beberapa hari yang lepas dan memberikan kepercayaan kepada pengurus, Florian Kohfelt.

Chong berada gembira berada di bangku simpanan tetapi impiannya adalah untuk menjadi pemain regular dalam kesebelasan utama.

“Sebagai pemain hadapan, anda akan berasa gembira selepas menjaringkan gol tetapi tanpa pemain-pemain sepasukan yang lain, anda tidak dapat melakukannya. Untuk jaringan kedua, Maxi Eggestein telah membantu saya dengan baiknya untuk menjaringkan gol. Ini memudahkan saya.”

“Sebenarnya saya memang suka bermula dalam kesebelasan utama, tetapi sekiranya berada di bangku simpanan, saya tetap akan berikan yang terbaik. Saya seorang yang penyabar dan akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu pasukan.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Perlawanan

Liga Perdana Inggeris
Manchester United lawan Chelsea

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd