Spurs tawarkan Ndombele sebagai pertukaran untuk mendapatkan Martial

0

E09C74A8-E67E-4F6D-9889-AB6F8EA73E8C 956038F6-8017-430F-A165-1306C2D6F98B

Tottenham Spurs dilaporkan akan menawarkan Tanguy Ndombele kepada Manchester United sebagai pertukaran untuk mendapatkan Anthony Martial.

Dengan bahagian serangan Manchester United yang kini terlalu padat dengan kehadiran Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho serta peningkatan prestasi Jesse Lingard sudah tentunya tidak baik untuk Martial kerana pada situasi ketika ini membuatkan pemain itu pasti ditolak ke bangku simpanan.

Namun menurut beberapa sumber,Manchester United kini mempunyai peluang untuk melepaskan Martial kerana pemain ini dilaporkan telah diminati oleh Tottenham.

Menurut The Express United memang bersedia menjual Martial dengan harga £40 juta pound.Namun Tottenham percaya bahawa mereka dapat meyakinkan United untuk tidak melibatkan wang dalam perpindahan Martial. Sebaliknya mereka bersedia menawarkan Tanguy Ndombele.

Meskipun Pemain tengah itu menjadi pemain regular Tottenham tetapi dia dipercayai tidak berpuas hati di Spurs dan berniat untuk pergi secepat mungkin.

- Advertisement -