Spurs Disarankan Untuk Melepaskan Harry Kane

0

Bekas pemain Tottenham Jamie O’Hara memberi nasihat kepada bekas kelabnya, untuk melepaskan Harry Kane pada hujung musim ini. Dia merasakan, sudah tiba masanya untuk Harry Kane berhijrah mendapatkan piala bagi kariernya.

Kane merupakan ikon bagi pasukan Spurs. Penyerang itu telah menjaringkan banyak gol dalam lima tahun terakhir bersama pasukanya dengan 236 penampilan dan 162 gol (diambil dari wikipedia)

Kane dilaporkan mula bimbang prestasi pasukannya yang kian merosot pada musim ini. Jadi timbul khabar angin yang menyatakan dia ingin dijual pada musim panas ini. O’Hara berpendapat ini adalah masa yang tepat untuk melepaskan Kane. “Sebagai penyokong Spurs, saya pasti tidak mahu melihat Harry Kane meninggalkan kelab,” kata O’Hara kepada talkSPORT.

Menurut O’Hara, skuad Tottenham ketika ini tidak konsisten. Oleh itu, dia berpendapat lebih baik pemain seperti Kane dijual untuk membiayai pembangunan semula Spurs. “Jika dia [Kane] ingin meninggalkan kelab dan kelab itu kini berada di luar kedudukan4 teratas liga, maka pasukan ini perlu dibina semula.”

“Prestasi Spurs pada masa ini kelihatan seperti tidak menentu, kerana pemain yang mereka ada sekarang tidak cukup bagus. Lihatlah Dele Alli, Harry Kane, Erik Lamela, Davinson Sanchez, Eric Dier, jika mereka dijual ia dapat menghasilkan 200 juta pound dan kita dapat membina pasukan baru. ”

Menurut O’Hara, pasukan Spurs memerlukan pembaharuan. Dia menilai bahawa pemain seperti Kane lebih baik dijual dan diganti dengan pemain muda yang berbakat.

“Tottenham ketika ini terlalu buruk dan mereka tidak cukup baik. Mereka mungkin lebih baik membeli enam atau tujuh pemain muda yang bertenaga dan mampu membawa Spurs ke peringkat seterusnya pada masa akan datang.” katanya.

Menurut khabar angin, Manchester United dan Manchester City berminat untuk mendapatkan khidmat Kane. Namun, Spurs dilaporkan enggan menjual penyerang itu ke kelab Inggeris.

- Advertisement -