Southgate:”Tidak kira apa yang terjadi dengan Maguire!saya tetap akan memberi sokongan kepadanya”

Pengurus England, Gareth Southgate mengatakan bahawa dirinya sentiasa memberikan sokongan kepada Harry Maguire untuk segera bangkit dari mimpi buruknya sejak akhir-akhir ini.

Meskipun ia menerima layangan kad merah dalam perlawanan menentang Denmark pada awal pagi tadi namun Southgate menegaskan ia tidak akan sesekali mempunyai rancangan untuk mengeluarkan pemain pertahanan dari skuadnya kerana ia menilai keupayaan pertahanan itu amat diperlukan oleh skuad Three Lion.

“Dia mengalami masa yang sukar dan dalam tempoh ini telah membuat dirinya harus mengenal diri sendiri dengan lebih baik dan itu harus ia belajar dari orang lain,” kata Southgate melalui Standard Sports.

“Anda tahu siapa yang selalu ada di masa-masa sukar,saya yakin dia akan mengatasinya, dan menjadi pemain yang lebih baik dan manusia yang lebih kuat.

“Dia tahu pasti bahawa dia akan dikritik selepas ini dan ia harus menerimanya kerana bermain dengan 10 pemain memberi impak besar kepada pasukan.

“Tetapi kami menyokongnya sepenuhnya, dia adalah pemain bintang dan dia akan melaluinya. “Dia menunjukkan hari Ahad lalu alasan mengapa kami memberi kepercayaan, seperti yang saya katakan dia akan melalui masa yang sukar ini dan dia akan kembali dengan yang terbaik.”

Pengurus itu juga tidak mempunyai rancangan untuk menyingkirkan pemain berusia 27 tahun itu dari skuadnya pada minggu antarabangsa bulan depan.

“Saya rasa apa yang Harry mahukan adalah bermain bola sepak, tempat terbaik untuknya adalah di atas padang.”

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Perdana Inggeris

Keputusan Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah
PSG lawan Manchester United

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd