Southgate jelaskan sebab pemilihan Luke Shaw dan mengapa Greenwood tidak dipanggil

0

Bintang muda United, Mason Greenwood sekali lagi tidak terpilih dalam senarai pemain England dalam pertemuan England bertemu Andorra dan Hungary pada minggu hadapan. Pada bulan lepas, Gareth Southgate memberitahu alasan yang Greenwood tidak terpilih bukan disebabkan prestasi semasanya. Greenwood senasib dengan bintang muda Dortmund Jude Bellingham.

‘Mereka berdua ini berada dalam situasi yang sama. Mereka masih lagi muda dan sedang memikul peranan yang besar untuk pasukan masing-masing.’ jelas Southgate kepada media.

‘Saya telah bercakap dengan kedua-dua pemain ini. Mereka sedang dalam pembangunan fizikal dan apabila kita bercakap mengenai perkembangan mereka ini, kita harus menjaga mereka dengan baik dengan membuat keputusan yang betul. Mereka berdua ini akan menjadi prospek yang bagus untuk pasukan England pada masa akan datang. Kami tidak mahu membuatkan mereka berada dalam tekanan ketika bersama pasukan England. Kami ada visi kami untuk jangka masa panjang bagi pasukan England ini.

Manakala, rakan sepasukan Greenwood, Luke Shaw tersenarai dalam senarai pasukan England yang diumumkan semalam. Sepertimana yang kita ketahui, Luke Shaw mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Aston Villa. Dia tidak bermain pada perlawanan menentang Villarreal dan masih belum menyertai latihan bersama pasukan baru-baru ini. Gareth Southgate telah mengulas mengenai pemilihan Luke Shaw. ‘Saya merasakan Luke Shaw hanya sakit biasa. Dia tidak mengalami kecederaan yang serius pada ketika ini. Itu apa yang kami difahamkan. Kami akan bermain pada Sabtu minggu hadapan. Tempoh berkenaan cukup untuk proses pemulihan dia.’

- Advertisement -