Southgate beritahu mengapa Greenwood tidak ada dalam pasukan England

0

Gareth Southgate telah menyenaraikan barisan pemain England yang baru bagi persediaan kempen kelayakan Piala Dunia 2022. Ini merupakan pemilihan pertama selepas tamat kempen Euro2020. 4 pemain Man United telah terpilih bagi senarai tersebut iaitu, Harry Maguire, Luke Shaw, Jesse Lingard dan Jadon Sancho. Perkhabaran baik untuk Jesse Lingard selepas diketepikan daripada Euro 2020 yang lepas.

Senarai penuh barisan pemain England untuk kelayakan akan datang.

Namun ia pasti akan mengejutkan kerana Lingard hanya berjaya membuat 1 penampilan sebagai pemain gantian awal musim ini. Mason Greenwood tidak terpilih walaupun dia telah menjaringkan gol pada kedua-dua perlawanan tersebut.

Reaksi Southgate mengenai pemilihan Lingard.

Southgate ketika disoal,’Greenwood dalam pemantauan kami. Kita semua adalah sebuah keluarga. Perkara yang terbaik pada ketika ini adalah untuk dia kekal bersama kelabnya itu. Sudah tentu persembahannya pada ketika ini pasti melayakkanya bermain untuk pasukan England.’

Mason Greenwood dilihat mengalami kesukaran mempamerkan prestasi yang baik ketika bermain untuk England. Dia telah dapat membuat penampilan pertamanya sebagai pemain England ketika menentang Iceland pada tahun lepas. Dia juga pernah terpalit dengan isu panas bersama rakannya dari Man City, Phil Foden pada sebelum ini.

Reaksi Southgate mengenai Greenwood.

Solskjaer berpendapat dia harus diberi peluang untuk berehat pada waktu ini. Perkara yang paling baik untuk dirinya, adalah untuk dia terus kekal bersama pasukan kelab. Southgate berharap United berjaya membentuk dan mengembangkan bakat Greenwood dalam persediaan rapi pasukan England ketika kelayakan kejohanan Piala Dunia 2022 untuk siri perlawanan yang seterusnya.

- Advertisement -