Son hampir sebak ketika ditemubual selepas perlawanan

0 7

Pemain sayap Lincah Tottenhan, Son Heung-min mengakui bahawa dirinya hampir menangis ketika ditemubual oleh wartawan sejurus tamat perlawanan menentang Manchester United.

Dalam pada masa yang sama Pemain berusia 28 tahun itu akui bahawa dirinya sangat kecewa dengan hasil yang diperoleh pasukannya kerana Pemain dari Korea Selatan  itu mempunyai harapan tinggi untuk memenangi perlawanan itu.

“Saya sangat kecewa petang ini.Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan, saya benar-benar ingin minta maaf.Saya berasa tidak selesa kerana saya tahu betapa bersemangatnya peminat untuk perlawanan ini ujar Son Heung-min di Sky Sports. .

“Saya bermain hari ini jadi terus terang saya kata yang kami mahu menang, tetapi saya tidak tahu harus berkata apa,” kata Son Heung-min.

“Lapan perlawanan lagi. Saya tahu selalu mudah untuk mengatakan ‘mari kita positif’ tetapi saya benar-benar mahu menyelesaikan musim ini dengan baik.

“Enam mata di belakang empat teratas, kami perlu mendapat keputusan yang baik dan berharap pasukan di atas kami gagal mendapat mata. Kami harus memikul tanggungjawab besar,” katanya.