Solskjaer:”Phil Jones akan berada dalam skuad”

0

0468D4FF-E302-46DD-94DF-244118FB2602

Nama Phil Jones kemungkinan akan disenaraikan dalam skuad United untuk perlawanan Carabao Cup bertemu West Ham United sekiranya tidak ada halangan, pemain pertahanan berusia 29 tahun itu kemungkinan akan dapat menunjukkan aksinya pada awal pagi khamis nanti.

Phil Jones yang kali terakhir menyarung jersi bersama skuad utama United pada januari 2020 dijangka akan membuat kemunculan semula dimana semua peminat United ternanti-nanti untuk menyaksikan bekas pertahanan England itu beraksi.

Phil Jones merupakan aset berharga United namun Kecederaan paling teruk yang dialami setelah bertemu Tranmere Rovers telah membuatkan kariernya bersama United akan terbantut sehingga terpaksa menjadi ‘penghuni tetap’  di pusat rawatan United dan sehingga kini pemain itu tidak dapat membuat penampilan tunggal pada musim 2020/21 bersama skuad utama.

Satu perkara yang harus dihargai dari Manchester United adalah kesabarannya menunggu Jones pulih. Kesabaran itu membuahkan hasil, di mana Jones akhirnya mula bermain dengan pasukan U-23 dalam beberapa siri perlawanan yang berlangsung.

Ole Gunnar Solskjaer sebagai jurulatih enggan mengambil risiko  dengan tergesa-gesa untuk menurunkan pemain ini bersama skuad senior.

Namun dengan keadaan fizikalnya bertambah baik, seakan-akan membuka peluang untuk Jones membuat ‘debut’ setelah sekian lama tidak beraksi.

“Dia sangat rajin dan profesional,ia juga tidak ada media sosial seperti kuno.”Saya suka pemain seperti itu,” kata Solskjaer mengenai Jones, yang dilaporkan dari laman web rasmi Manchester United.

“Dia sentiasa fokus pada satu perkara dan hanya memikirkan cabaran, dan kini dia kembali.Dia akan ada dalam skuad. Ini adalah hari yang baik untuk dia dan kami, dan itulah sesuatu yang dia perolehi.”

“Saya sangat gembira untuk Phil.Dia menghabiskan perlawanan 90 minit dengan pasukan bawah 23 tahun dan kita lihat ia tidak menunjukkan reaksi di lututnya. Dia telah bekerja keras,” kata Solskjaer.

- Advertisement -