Solskjaer:Perjalanan masih jauh!Tenang saja

0

United-bergelut-ketika-bertandang-di-tempat-lawan-untuk-saingan-Liga-Juara-Juara

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer meminta pasukannya untuk tidak terlalu kecewa terlalu lama atas keputusan mengecewakan ketika bertemu Young Boys.

Solskjaer mendedahkan bahawa pasukannya masih mempunyai peluang besar untuk layak ke pusingan seterusnya.

Pengurus dari Norway itu menegaskan bahawa peluang United untuk layak ke pusingan seterusnya masih besar.

 “Kami memerlukan 12 mata untuk layak [ke peringkat kalah mati],” kata Solskjaer kepada MUTV.

Solskjaer mengatakan bahawa kekalahan ini menjadikan Manchester United tidak boleh berpuas hati dengan prestasi semasa.

Dia meminta pasukannya untuk bangkit dan bekerja keras untuk baki lima perlawanan dengan kemenangan.

“Kami harus memenangi perlawanan di tempat sendiri dan juga perlawanan tempat lawan untuk layak ke pusingan seterusnya,”

“Ya, malam ini kami kehilangan peluang.Tetapi perlu diingat musim lalu kami memenangi dua perlawanan pertama menentang PSG dan Red Bull [Leipzig] dan semua orang menganggap kami akan layak.”

“Jadi sekarang kita harus fokus pada baki lima perlawanan dan mengumpulkan 10 hingga 12 mata,” katanya.

- Advertisement -