Portal Rasmi

Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU)

Solskjaer:”Maguire merupakan inspirasi kami dalam kebangkitan bertemu Newcastle”

Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan bahawa jelmaan Nemanja vidic,Harry Maguire sebagai watak yang memberi inspirasi kepada kebangkitan Manchester United dalam perlawanan awal pagi tadi.

 Manchester United berkunjung ke  St James Park untuk bertemu Newcastle United, Ahad (18/10/2020).Mereka turun dengan misi untuk melupakan seketika setelah menerima keputusan memalukan kalah 6-1 Tottenham Hotspur di Old Trafford.

Solskjaer mengakui bahawa kekalahan kepada Spurs adalah ujian buat pemainnya.Namun, dia juga memuji kebangkitan skuadnya dengan menewaskan Newcastle di tempat mereka.

“Itu adalah ujian keperibadian pemain setelah kalah 6-1 dan ketinggalan 1-0 (bertemu Newcastle) diawal permainan dan itu jelas menambah tekanan buat kami.

 “Tetapi ia adalah ketahanan mental dan daya tahan yang luar biasa, yang diilhami oleh kapten kami.”kata Solskjaer di laman web Man United. 

“Saya rasa dia luar biasa.Dia menjaringkan gol dan telah menjadi contoh buat pemain lain dan selepas itu kami Sangat tenang dan kami dapat mengawal permainan.Dan dia juga mempunyai beberapa peluang hebat (untuk menjaringkan lebih banyak gol.

“Dia selalu menjadi watak yang baik dalam pasukan dan saya sangat gembira untuknya kerana dia mempunyai beberapa minggu yang sukar sejak perlawanan terakhir untuk kami.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Perlawanan

Liga Perdana Inggeris
Manchester United lawan Chelsea

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd