Portal Rasmi

Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU)

Solskjaer:”Kami menyimpan VDB kerana skuad kami perlu mencari keseimbangan”

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberikan penjelasan mengenai mengapa dirinya tidak menyenaraikan Donny van de Beek di barisan utama skuad  dalam perlawanan menentang Newcastle awal pagi tadi.

Solskjaer mengatakan bahawa dirinya terpaksa menyimpan pemain tengah itu terlebih dahulu kerana keperluan pasukan.

Meskipun begitu Solskjaer menegaskan bahawa pemain tengah berusia 23 tahun itu akan mendapat peluang dalam pasukannya kerana ia melihat pemain itu merupakan prospek masa jangka panjang United.

“Tenang, dia akan mendapatkan minit permainanya dalam pasukan ini,” kata Solskjaer seperti dilaporkan oleh Manchester Evening News.

Solskjaer mengatakan bahawa keputusannya untuk menyimpan Van de Beek adalah kerana masalah tektikal.Dia menganggap bahawa pasukannya memerlukan keseimbangan dan terpaksa mengorbankan Van de Beek untuk bermula dari bangku simpanan.

“Kami harus mencari keseimbangan yang tepat untuk pasukan ini.Hari ini kami menang 4-1, dan anda [media] bertanya mengapa saya tidak memberi peluang kepada salah satu pemain kami untuk memulakan perlawanan.”

Solskjaer juga mengesahkan bahawa Van de Beek masih dalam perancangannya.Dia mengatakan pemain tengah itu akan menjadi pemain penting buat The Red Devils musim ini.

“Dia [van de Beek] tampil hebat dalam skuad ini. Anda dapat melihat sama ada dalam latihan atau dalam perlawanan, dia selalu bermain dengan rapi.”

“Saya rasa hari ini dia sama sekali tidak pernah kehilangan bola.Jadi dia akan memberi kesan yang sangat baik untuk pasukan ini.” 

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Perlawanan

Liga Perdana Inggeris
Manchester United lawan Chelsea

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd