Solskjaer:”Bruno sentiasa berlatih sepakan percuma selama 45 minit selepas sesi latihan berakhir”

0 6

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, mengakui bahawa dirinya tidak terkejut melihat gol yang dihasilkan oleh Bruno Fernandes pada perlawanan bertemu Liverpool awal pagi tadi. 

Sejurus sahaja perlawanan berakhir, Ole Gunnar Solskjaer memuji gol yang dijaringkan oleh Fernandes dalam perlawanan itu.

Pengurus dari Norway ini mengakui bahawa gol yang dijaringkan oleh Fernandes itu hasil kerja keras pemain itu yang sentiasa berlatih tendangan itu meskipun pasukan itu selesai menjalani latihan.

“Ia hebat – anda tahu apabila anda menjaringkan gol, reaksi yang ditunjukkan semua orang benar-benar baik.Kami melakukan beberapa perkara yang sangat baik dan menjaringkan tiga gol yang luar biasa,” kata Solskjaer kepada BBC.

“Dia dapat melakukannya kerana dia sentiasa terus berada di padang latihan selama 45 minit hanya melakukan latihan untuk melakukan sepakan percuma.”