Solskjaer:”Bruno ingin selalu bermain dan ketika saya bertanya dia mengatakan tidak pernah penat”

0

Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer memberi pendapatnya mengenai Prestasi Bruno Fernandes yang dikritik hebat kerana gagal menunjukkan aksi terbaik dalam perlawanan bertemu Liverpool beberapa hari lalu.

Dalam perlawanan itu,Pemain tengah Portugal ini dianggap tidak menunjukkan prestasi seperti biasa.

Bruno dikatakan telah melakukan beberapa kesalahan dengan kehilangan bola dengan mudah.

Meskipun begitu terdapat kecurigaan bahawa pemain ini berada dalam fasa keletihan dek kerana sering menjadi tunjang utama United dalam setiap perlawanan.

Namun pada sidang medianya menjelang perlawanan bertemu Fulham awal pagi nanti,pengurus United Solskjaer menolak anggapan itu dengan tegas.

Solskjaer menafikan dua perkara.Pertama, dia menekankan bahawa Bruno bermain dengan baik dalam perlawanan itu,dan jelas tidak nampak sindrom kepenatan. 

Dalam pada masa yang sama ia melihat pemain itu mempunyai keinginan yang sama dengan pemain lain untuk memenangi perlawanan itu.

“Persembahannya sangat bagus, dia baru sahaja dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulan Ini,” kata Solskjaer kepada Sky Sports.

“Dia tidak mengalami kepenatan,tidak mungkin. Dia adalah salah satu pemain yang berlari dan merangkumi kawasan yang luas dalam setiap perlawanan.”Dia jenis pemain yang sangat pandai memulihkan diri seperti mengisi semula bateri.

Solskjaer juga sangat yakin bahawa kritikan ini tidak akan timbul sekiranya Bruno berjaya memaksimumkan peluangnya dalam perlawanan ini. 

“Jika dia dapat menjaringkan gol dari tendangan percuma itu atau jika dia dapat menyempurnakan umpanan silang Luke dengan lebih baik, dia sekali lagi akan dipuji sebagai pemain terbaik di Liga Perdana,” sambung Solskjaer.

“Sejak dia datang, dia sangat luar biasa. Dia tidak letih, dan jika saya bertanya kepadanya, dia akan menjawab sama sekali tidak letih,” katanya.

Sumber: Sky Sports

- Advertisement -