Buletin Manchester United

Solskjaer-tidak-akan-berbelanja-besar

Solskjaer tidak akan berbelanja besar

Solskjaer telah dikhabarkan akan mendapatkan beberapa pemain bertaraf bintang untuk memperkuatkan pasukan sedia ada United pada musim hadapan walaupun berhadapan krisis pendamik covid 19. Namun Solskjaer telah menyangkal dakwaan itu dan memberitahu yang United hanya akan mendapatkan pemain yang realistik untuk perpindahan akhir musim ini.

United telah mengumumkan yang mereka kerugian sebanyak £23.2 juta pada tahun lepas akibat pendamik covid 19 ini. ‘Perpindahan pada akan datang akan menjadi norma baru bagi semua pasukan disebabkan keadaan semasa. Pihak pengurusan kekurangan pendapatan, dan maslaah kewangan telah berlaku kepada semua pasukan. Kami perlu lebih realistik dan fokus mendapatkan pemain yang benar-benar kami perlukan di atas padang.’

‘Padang latihan, stadium dan banyak lagi keperluan yang perlu di selenggara pada ketika ini. Pihak pengurusan tidak akan menggunakan dengan boros untuk perkara tersebut. Inilah situasi yang berlaku sekarang.’

Solskjaer lebih gemar memberi peluang kepada bakat pemain muda sedia ada untuk bermain dengan pasukan United. Ini berikutan penampilan pertama buat pemain berusia 17 tahun Shola Shoretire yang telah membuat penampilan pertama pada bulan lepas.

‘Anda boleh lihat kami sedang dalam proses pembangunan dan pembentukan United yang baru. Kami telah memberi peluang kepada pemain muda untuk bermain dan berlatih bersama dengan pemain senior.  Semua pasukan sedang menghadapi situasi yang sama, oleh yang demikian tiada perbezaan pada pihak kami.’