Buletin Manchester United

Solskjaer-telah-memanggil-semula-Romero-untuk-25-orang-senarai-pemain-Liga-Perdana-Inggeris

Solskjaer telah memanggil semula Romero untuk 25 orang senarai pemain Liga Perdana Inggeris

Pengurus pasukan United, Ole Gunnar Solskjaer telah memanggil semula Sergio Romero dalam senarai pasukan untuk saingan Liga Perdana Inggeris. Perkara ini sekaligus memberikan akan memberikan tekanan kepada de Gea sebagai status penjaga gol utama United ketika ini.

Pemain antarabangsa Argentina yang berusia 33 tahun itu dikatakan sepatutnya berhijrah pada perpindahan Januari lepas tertangguh kerana tidak mencapai persetujuan di antara 2 pihak. Romero ingin meninggalkan United untuk mendapatkan peluang bermain dalam kesebelasan utama dengan pasukan lain. Kontrak Romero yang akan berakhir pada hujung musim ini. Dia tidak akan duduk bersahaja di tepi padang.

Solskjaer pada sebelum ini membenarkan Romero untuk pulang ke Argentina untuk meluangkan masa bersama tersayang telah kembali bersama kem United untuk memulakan sesi latihan. Solskjaer berkata, ‘Sergio Romero telah berlatih dan bekerja keras sepanjang sesi latihan. Dia kini bersama kami. Dia membuat latihan bersama-sama dengan Dean, Lee dan de Gea. Ini bagus untuk memberikan persaingan diantara mereka.’