Solskjaer sahkan Cavani cergas untuk perlawanan bertemu Everton

0

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, memberi berita baik mengenai keadaan semasa salah seorang penyerang utamanya, Edinson Cavani. Dalam sidang medianya menjelang perlawanan bertemu Everton,Solskjaer mendedahkan bahawa penyerang Uruguay itu kini berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk bermain.

Sebelum ini nama Cavani dikhuatirkan akan tersisih menjelang perlawanan awal pagi nanti setelah pemain itu mengalami masalah pergelangan kaki ketika membantu United membelasah Southampton beberapa hari yang lalu.

Meskipun begitu kecederaan yang dialami pemain ini  tidak begitu parah dan ia disahkan bersedia untuk membantu Man United meraih tiga mata dari Everton.

“Edinson (Cavani) dalam keadaan baik dan dia siap tampil bersama kami (bertemu Everton),” kata Solskjaer seperti dilaporkan dari laman web rasmi Man United.

“Dia (Cavani) mengalami masalah dengan pergelangan kakinya ketika bertemu Southampton. Tetapi beberapa persediaan menjadikan keadaannya jauh lebih baik dan siap untuk kembali.”Selain itu, pemain kami yang lain juga dalam keadaan baik.

Keadaan skuad terkini yang berada dalam keadaan cergas jelas merupakan perkara positif buat Man United.Faktor ini seakan-akan menyokong cita-cita mereka untuk memperoleh tiga mata dalam perlawanan awal pagi nanti.Seperti yang diketahui, tiga mata jelas akan menjadi sasaran utama kem tuan rumah dalam perlawanan tersebut. 

Kemenangan di tempat sendiri adalah sesuatu yang wajib buat mereka untuk merealisasikan cita-cita mereka untuk kembali ke tangga teratas musim ini.Untuk rekod, ketika ini United berada di tempat kedua dengan kutipan 44 mata.

- Advertisement -