Solskjaer puji prestasi Luke Shaw

0

Luke Shaw menjadi pemain pertama England yang menjaringkan gol ketika menentang Itali dalam perlawanan akhir sejak tahun 1966.

Namun keputusan perlawanan berakhir dengan episod duka kepada pasukan England selepas tewas dalam penentuan sepakan penalti. Oleh yang demikian persembahan Luke Shaw pada sepanjang kejohanan Euro 2020 itu tidak rancak diperkatakan.

Pengurus United Ole Gunnar Solskjaer merupakan peminat no 1 Luke Shaw. Solskjaer telah berbual mengenai persembahan Shaw sepanjang penampilannya di Euro 2020.

“Saya sangat gembira dengan prestasi Shaw. Saya menontonnya, dan apa yang berlaku? Dia membantu bahagian serangan terutama ketika di bahagian kawasan pasukan lawan.”

“Kami sudah mengetahui yang dia memiliki kualiti yang bagus, dia boleh melakukan sentuhan dan kawalan bola dengan baik. Itulah bola sepak bagi diri dia. Dia kelihatan begitu selesa dengan corak permainan pasukan dia wakili. Dia layak menerima pujian di atas nasibnya. Dia telah beraksi dengan luar biasa sepanjang bersama kami di United.”

Shaw telah melakukan 3 ‘assist’ dalam Euro 2020 dan mencatatkan 1 gol. Kecemerlangan prestasi tersebut membolehkan reputasinya sebagai pemain berkelas dunia bagi pertahanan kiri pada masa ini.

Solskjaer yakin latihan yang diberikan oleh jurulatih United ketika sesi latihan banyak terutama dalam penekanan aspek menyerang boleh dikatakan membuahkan hasil.

Shaw sekarang sedang menikmati waktu rehatnya untuk beberapa minggu yang sekaligus membenarkan Alex Telles untuk kembali bermain sebagai pemain bek kiri United pada perlawanan pra-musim nanti.

Jika dia mampu memberikan aksi yang bagus dan memuaskan hari pengurus pasti dia akan membenarkan Luke Shaw rehat dengan lebih lama pada awal musim ini. United dijangka akan menghadapi perlawanan penting dan sukar pada Oktober dan November nanti.

- Advertisement -