Solskjaer puji Pellistri, Lingard akan merebut posisi

0

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya semalam ketika berdepan Derby County.

Derby County yang dibimbing bekas bintang United, Wayne Rooney dilihat memberikan tentangan hebat kepada Manchester United biarpun tewas 1-2. Jaringan United dihasilkan oleh Tahith Chong Dan Facundo Pellistri.

Pellistri masuk sebagai pemain gantian di awal separuh masa kedua. Pada musim lepas, dia dipinjamkan ke Alavés dan kini kembali kepada pasukan utama United.

Bercakap kepada media United selepas perlawanan, Solskjaer menyatakan yang sentuhan pertama Dan gelecekan Pellistri begitu bagus. Dia juga yakin dalam mengawal bola dan berjaya melepasi penjaga gol.

Lingard Mahu ‘Melawan’

Jesse Lingard hampir-hampir menjaring satu gol yang cantik dalam separuh masa kedua selepas rembatan lencongnya tepat menuju ke palang gol.

Solskjaer menyatakan pemain berusia 28 tahun ini akan kembali merebut tempat dalam pasukan. Beliau berkata, “Jesse telah kembali dan semakin menyinar serta mahu merebut kesebelasan utama. Apabila melihat para pemain mahu merebut tempat, ini merupakan satu yang menarik. Dia akan buat yang terbaik sehingga hujung musim.”

“Itulah yang kita lihat apa yang dia mampu lakukan. Apa yang kita lihat sehingga penghujung musim lepas adalah sedikit kekurangan pemilihan pemain”

Pada musim lepas, United telah memberikan banyak minit permainan kepada Bruno Fernandes sehinggakan Lingard tidak mendapat tempat dalam pasukan. Dia dipinjamkan ke West Ham United pada Januari 2021.

Ada komen menyataka Solskjaer bermain permainan minda untuk menaikkan harga jualan Lingard kerana dia dilihat mendapat perhatian dari beberapa kelab lain.

Seperti yang kita lihat, Lingard mahu kekal dalam pasukan dan kita harus membuka minda untuk menerima apa yang boleh diberikannya kepada pasukan.

- Advertisement -