Solskjaer puji aksi Elanga, kekal atau dipinjamkan?

0

Ole Gunnar Solskjaer telah memberikan pandangan positif ketika United tewas 4-2 kepada QPR dalam perlawanan persahabatan ke-2 semalam.

United berada di kedudukan 4-2 selepas QPR berjaya menjaringkan 3 gol dalam masa 15 minit permainan.

Anthony Elanga merupakan pemain yang di bawa masuk pada separuh masa ke-2 menggantikan Daniel James.

Elanga menjaringkan gol kedua United manakal gol pertama United dijaringkan oleh Jesse Lingard selepas 3 minit permainan bermula.

Solskjaer telah bercakap mengenai Elanga selepas tamat perlawanan.

“Ada beberapa pergerakan yang bagus dari Elanga dalam perlawanan ini. Dia telah mempamerkan tenaga, semangat, kepantasan dan kualiti.”

“Mungkin boleh kita katakan dia seharusnya dipinjamkan pada msuim ini. Namun dia telah melakukan dengan baik pada perlawanan ini. Dia sangat berani menggunakan kelajuan, skill dan berusaha sebagai seorang pemain United.”

“Hari ini, dia telah mencipta beberapa peluang baik kepada rakan sepasukan dan dirinya sendiri. Saya tidak terkejut jika dia akan terus kekal bersama pasukan utama kami pada musim ini. Tetapai ia bergantung kepada situasi tertentu. Apa yang penting pada ketika ini, dia harus meneruskan perkembangan kariernya dengan mendapat minit permainan. Dia salah seorang pemain yang kami tidak tentukan lagi status sama ada dipinjamkan atau terus kekal bersama kami.”

Solskjaer tidak kisah mengenai keputusan perlawanan. Namun dia berkata pasukannya boleh mendapat 3 atau 4 gol dalam perlawanan tersebut.

“Kami boleh menjaringkan 3 atau 4 gol. Jangam gusar mengenai keputusan perlawanan pada hari ini.”

“Anda pasti tidak gembira dengan gol yang yang anda bolosi tetapi ia merupakan latihan perlawanan yang bagus dan pelajaran yang baik untuk pemain-pemain muda ini.”

“Ia merupakan satupemeriksaan di mana tahap kita berada selepas gabungan pemain berpengalaman dan pemain muda ini.”

“Akhir kata, saya menikmati cara permainan bola sepak yang dipersembahkan oleh pemain-pemain muda ini. Mereka boleh melepaskan gol namun mereka juga berusaha menjaringkan gol. Ia sesuatu yang baik untuk kami semua.”

- Advertisement -