Solskjaer perlu gunakan Juan Mata selepas tawaran kontrak baru

0

United telah membuat keputusan untuk menyambung kontrak 1 tahun kepada Juan Mata pada minggu lepas.

Terdapat pelbagai reaksi peminat mengenai perkara ini. Ada yang merasakan Juan layak menerima tawaran kontrak baru dan ada yang merasakan yang Juan harus meninggalkan United supaya memberi peluang pemain muda bermain.

Namun pada ketika ini, United telah membuat keputusan berdasarkan cadangan terbaik daripada pegawai kejurulatihan United.

Mata hanya bermain 6 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris pada musim lepas, dan 3 kali sebagai pemain gantian. Mata dikatakan kekurangan aksi disebabkan faktor kekerapan ulang-alik ke Sepanyol di sebabkan masalah kesihatan ibunya. Ibu telah pergi baru-baru ini dan ia sedikit sebanyak memberi impak kepada Juan Mata yang sentiasa kelihatan tenang.

Mata dan Donny van de Beek jarang digunakan oleh Solskjaer dalam kesebelasan utama United disebabkan prestasi cemerlang Bruno Fernandes.

Disebabkan rasa takut untuk mengeluarkan atau merehatkan Bruno, Solskjaer sanggup memastikan Bruno sentiasa berada di dalam pasukan United dan perkara itu memberikan impak yang positif kepada kedudukan United pada musim lepas.

Namun selepas apa yang berlaku pada Euro 2020, Solskjaer perlu menukar sikap tersebut untuk kebaikan Bruno juga.

Juan Mata sering berada di bangku simpanan. Namun dalam 25 perlawanan daripada itu, dia tidak digunakan sebagai pemain gantian. United perlu melakukan sesuatu untuk mengguna pakai kreativiti dan pengalaman yang dia ada.

Pemain antarabangsa Sepanyol ini mempunyai ‘vision’ yang bagus, hantaran yang berkualiti. Dia telah mencipta 8 peluang kepada rakan sepasukan dalam 9 perlawanan liga. Lebih kerap dia diturunkan lebih mantap prestasi yang bakal diterjemahkannya.

Walaupun United mempunyai satu pasukan yang besar, namun Solskjaer tidak mempunyai keseimbangan pada posisi tertentu pada musim lepas.

Jika Solskjaer tidak percayakan Mata mampu bermain dalam perlawanan penting atau memberikan impak sebagai pemain gantian, tiada guna United menyambung kontrak barunya itu.

- Advertisement -