Solskjaer perjelaskan mengapa dia memilih Fred Dan McTominay

0

Sejak musim 2019/2020, pemain tengah Fred dan Scott McTominay telah kerap kali dipilih sebagai pemain tengah bertahan yang membarisi kesebelasan utama pasukan United. Formasi 4-2-3-1 yang sering digunakan Solskjaer menmpatkan ruang kepada 2 gandingan ini untuk mempertahankan bola dari dicerobohi pihak lawan dan mempertahankan kubu United dari dibolosi.

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah disoal oleh wartawan ketika sidang media sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Villarreal awal pagi ini. Soalannya adalah mengenai mengapa dia kerap kali memilih Fred dan Scott McTominay sebagai pemain tengah bertahan.

“Pertama sekali, kombinasi kedua-dua pemain ini telah memberikan kita banyak keputusan yang baik. Tenaga yang mereka berdua berikan amat bagus. Walaupun kami tewas kepada Villa, mereka berikan yang terbaik. Semangat dan juga keinginan untuk menang adalah yang saya suka mengenai mereka berdua. Saya percaya kepada mereka berdua ini akan berikan yang terbaik untuk pasukan kita berjaya.”

“Para penyokong pasti mempunyai pendapat mereka sendiri dalam pemilihan pemain kesebelasan utama kami. Memang senang untuk bercakap tetapi saya mempunyai banyak pemain yang baik dan susah untuk meninggalkan mereka di bangku simpanan.”

Perkara yang suka didengar apabila Solskjaer bercakap ialah kedua-dua pemain ini memberikan yang terbaik buat pasukan. Solskjaer menerima pasukan ini dengan keadaan yang kurang baik dan dia juga telah menyingkirkan pemain yang mempunyai perangai yang tidak baik.

Walaupun ketika ini pasukan bimbingan Solskjaer ini kurang konsisten, tetapi dengan adanya gadingan 2 pemain tengah ini mampu memberikan tenaga dan semangat yang tinggi, dia yakin pasukan ini akan mara dengan lebih baik lagi pada masa depan.

Walaupun diasak oleh peminat supaya mencari seorang lagi pemain tengah yang lebih baik, tetapi Solskjaer tetap dengan pendiriannya untuk lebih menggunakan Fred dan Scott McTominay sebagai pemain utama pasukan.

- Advertisement -