Solskjaer percaya Martial masih pemain penting United

0

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui bahawa dirinya  mempunyai harapan besar untuk Anthony Martial.Solskjaer percaya bahawa penyerang itu boleh menjadi perbezaan buat United musim depan.

Martial yang mengalami kecederaan ketika bermain untuk pasukan kebangsaan Perancis pada bulan Mac akhirnya kembali bermain dalam pasukan utama United.Dia telah bermain 45 minit ketika United menewaskan Everton di Old Trafford.

Solskjaer mengakui bahawa dia cukup berpuas hati dengan penampilan penyerang itu. 

“Anthony musim lalu mengalami banyak kecederaan teruk,” kata Solskjaer kepada MUTV.

Solskjaer menilai Martial telah menunjukkan penampilan yang baik ketika menentang Everton meskipun dalam perlawanan itu dia tidak menjaringkan gol.

“Ini adalah 45 minit pertama dalam jangka masa yang lama. Dia berlatih bersama kami dan dia berlatih dengan baik.”

“Sebagai pemain yang telah lama tidak bermain, dia masih perlu berlatih lagi untuk mengasah ketajamannya lagi.”

Solskjaer yakin penyerang itu akan bertambah baik seiring berjalannya waktu.Dia yakin Martial boleh menjadi pembeza buatUnited.

“Anthony cuba melakukan perkara yang betul. Sesungguhnya, kadang-kadang apa yang lakukan ketika latihan tidak keluar dengan segera,”

“Tetapi saya rasa prestasinya cukup bagus, terutama kerana sebelum ini dia telah mengalami kecederaan selama lima bulan. Tetapi kami percaya dia akan menjadi pemain penting buat kami.

- Advertisement -