Solskjaer menjawab mengenai persoalan pertukaran formasi

0

Manchester United akah berhadapan dengan Villarreal awal pagi esok di Old Trafford. Pasukan Villarreal seri ketika menentang Real Madrid 0-0. Pada perlawanan tersebut, Unai Emery telah menggunakan formasi 5 pemain pertahanan. Adakah ia merupakan persediaan ketika menentang United?

Ole Gunnar Solskjaer telah mengesahkan Harry Maguire akan tidak bersama United untuk beberapa minggu. Manakala Luke Shaw sudah pulih namun status mengenainya pada perlawanan awal pagi ini masih menjadi tanda tanya kerana dia masih belum menjalani sebarang latihan.

Solskjaer telah di tanya mengenai pertukaran formasi ketika menentang Villarreal nanti dalam sidang media malam tadi.

‘Kami perlu melihat kepada lawan pasukan kami. Ada kala kami perlu melakukan perubahan disebabkan corak permainan mereka. Berkemungkinan perubahan yang besar atau kecil. Bergantung kepada situasi perlawanan. Sudah tentu, apa yang penting adalah persediaan pasukan kami sendiri. Kami harus memastikan kami bermain dengan baik. Disebabkan kecederaan yang menimpa pemain di barisan pertahanan, berkemungkinan ada perubahan taktikal dan formasi.’

‘Kami mempunyai Bailly, Varane dan Lindelof sebagai pemain pertahanan tengah. Mereka bertiga merupakan pemain terbaik yang saya boleh pilih pada waktu ini. Diogo Dalot dan Alex Telles dalam keadaan 100% cergas bagi persediaan perlawanan ini namun saya berharap Luke Shaw akan terlibat bersama kami walaupun belum ada kata putus buat kami pada masa ini.’

- Advertisement -