Solskjaer menjangkakan CR7 akan berada dalam kesebelasan utama United malam ini

0

CR7 berkemungkinan akan melakukan penampilan pertamanya bersama United sejak kembali semula ke United pada jendela perpindahan baru-baru ini. Solskjaer telah mengakui perkara itu. Solskjaer lebih cenderung untuk bercakap mengenai tahap kecergasan CR7 ketika sidang media baru-baru ini. CR7 mahu berada dalam kesebelasan utama United selepas berlatih 4 hari bersama pasukan United namun segala keputusan terletak di tangan Solskjaer.

‘Dia pasti akan berada di dalam padang pada perlawanan malam ini. Dia telah berlatih dengan baik ketika pra musim bersama pasukan Juventus, bermain untuk pasukan kebangsaaan Portugal serta menjaringkan gol dan berlatih dengan kami pada minggu ini.’

‘Kami berdua hormat dan telah berbincang dengan baik mengenai perkara ini. Kami telah bersama di United pada sebelum ini dan telah pun mengenali satu sama lain. Saya tidak perlu memberitahu apa yang perlu dia lakukan kerana dia sendiri mengetahui apa yang dia mahukan. Dia sangat bersedia, bersemangat dan ingin menjadi yang terbaik. Ryan Giggs bermain sehingga umur 40 tahun dan saya tidak terkejut jika CR7 juga mengakhiri kariernya pada usia tersebut.’

‘CR7 telah kembali. Dia tahu menguruskan dirinya sepanjang sesi latihan pada minggu ini. Dia mahu mengecapi kejayaan bersama kami dan bantu kami pada musim ini. Dia sangat berdisiplin dalam kariernya. Sejak saya datang ke sini dia adalah pemain pertama yang melakukan persiapan yang sangat baik. Setiap hari 45 minit sebelum latihan kami akan melihat kepada pemain-pemain muda dan kehadirannya itu memberikan inspirasi yang baik kepada pemain muda tersebut.’

- Advertisement -