Solskjaer memuji semangat yang dipamerkan Van de Beek

0

Donny Van dee Beek telah kembali menjalani latihan bersama pasukan United dalam misi utamanya adalah bermain dengan lebih kerap pada musim ini. Solskjaer percaya dia mampu melakukannya pada musim keduanya ini.

Solskjaer telah berkata mengenai pemain Belanda tersebut,’Dia telah meningkatkan tahap fizikalnya. Pada musim lepas dia telah belajar mengenai corak permainan inggeris dan dia telah lakukan dengan baik pada musim panas ini.’

‘Kita tidak tahu bagaimana pemain luar menyesuaikan diri mereka dengan permainan liga Inggeris. Ada yang mengambil masa beberapa tahun. Anda boleh lihat contoh seperti Fred. Perkembangan kariernya bersama United tidak semudah yang kita sangka. Namun dia berjaya melakukan pada musim seterusnya dengan baik sekali dan kini menjadi watak utama dalam pasukan Brazil baru-baru ini. Namun ada pemain yang begitu cepat dapat menyesuaikan dirinya seperti anda lihat kepada Bruno.’

Solskjaer sangat gembira dengan perkembangan para pemainnya pada waktu ini. Dia teruja untuk melihat aksi Van dee Beek selepas dia menunjukkan sikap dan komitment yang bagus pada permulaan musim baru ini. Dia pasti akan mendapat peluang. Solskjaer telah buktikan perkara tersebut seperti dia lakukan kepada Fred.

- Advertisement -