Solskjaer mempunyai pandangan berbeza mengenai perpindahan bekas pemain United ke Man City

0

Beberapa hari ini kita dikejutkan dengan berita mengenai perpindahan C.Ronaldo ke Man City. Ia semakin hampir menjadi kenyataan. Menurut Di Marzio, perbincangan sedang berlangsung dengan rancak, dan perpindahan ini akan diselesaikan sebelum jendela perpindahan tamat.

Ole Gunnar Solskjaer pasti akan ditanya mengenai perpindahan tersebut pada sidang media akan datang. Namun persoalan tersebut telah pun pernah dijawab oleh Solskjaer pada awal tahun ini. Man United pernah dikaitkan dengan perpindahan Sergio Aguero dari Man City.

Apa yang Solskjaer kata,’Apabila saya bermain untuk Man United, jika ada pasukan musuh tradisi kami ada cubaan untuk mendapatkan khidmat saya, jika saya setuju untuk menyertainya, dimanakah kesetiaan saya? Kesetiaan adalah salah satu nilai yang saya pegang sehingga kini.’

Kesetiaan adalah satu nilai yang paling berharga.

‘Jawapan saya sudah tentu tidak mengenai gosip perpindahan tersebut. Saya tahu kita semua profesional, tetapi jika kita bermain untuk Man United, kita tidak akan menyertai Man City. Kita ada contoh-contoh yang pernah berlaku pada sebelum ini, namun saya tidak setuju dengan perkara itu. Saya tidak akan menyebut nama-nama tersebut. Saya pasti anda tahu mengenai perkara itu. Cukup sekadar itu sahaja penjelasan saya.’

- Advertisement -