Solskjaer mahu Cavani terus kekal di Manchester United

Kata-kata ini diungkapkan setelah penyerang veteran itu bermain dengan cemerlang

Matthew Ashton - AMA/Getty Images
0

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yakin penyerang Uruguay, Edinson Cavani akan kekal di Old Trafford. Kata-kata ini diungkapkan setelah penyerang veteran itu bermain dengan cemerlang ketika membantu United menewaskan AS Roma dengan jaringan yang besar.

Cavani menjaringkan dua gol dan dua assist untuk membantu Manchester United mencapai kemenangan bergaya 6-2 ke atas AS Roma. Solskjaer mempunyai pilihan untuk memperpanjang kontrak Cavani di Old Trafford hingga musim panas 2022.

“Saya bangga dengan persembahan Cavani, anda dapat melihat sendiri kemajuannya bersama pasukan kami sejauh ini. Dia bukan hanya mampu menjaringkan gol tetapi ketenangannya di depan gawang lawan amat saya kagum.”

“Pergerakannya ketika untuk gol pertama dan hantarannya untuk gol Greenwood membuktikan dia mempunyai banyak pengalaman. Walaupun dia cedera selama tujuh bulan dan sudah lama tidak bermain secara berterusan dalam perlawanan kompetetif. Saya mahu Cavani berada bersama pasukan di sini dengan lebih lama. ”

“Saya faham ini adalah keputusan yang sukar bagi Cavani, saya berjanji Old Trafford dan Manchester adalah tempat yang berbeza untuknya. Dia pasti mempunyai pengalaman berharga seperti yang saya alami sebagai pemain sebelumnya.”

- Advertisement -