Buletin Manchester United

Solskjaer-kecewa-selepas-United-tewas-mengejut

Solskjaer kecewa selepas United tewas mengejut

Selepas beberapa siri perlawanan United dilihat begitu serius dalam mendapatkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas kemarau 8 tahun, tetapi perlawanan ini dan akan datang bukanlah masa untuk United ambil mudah perlawanan tersebut. Ole Gunnar Solskjaer dikatakan mengetahui apa punca kekalahan mengejut mereka kepada pasukan bawahan liga. De Gea kembali mendapatkan posisi penjaga gol no 1 United dilihat begitu kecewa selepas United tewas 2-1 ke atas Sheffield United.

Jika United berjaya menewaskan Sheffield United pasti United akan kembali merampas kedudukan teratas liga dengan 9 mata mendahului pasukan Liverpool. Dengan 6 perubahan pemain yang dilakukan oleh Solskjaer selepas kejayaan menentang Liverpool baru-baru ini, kelihatan mereka menjadi punca kekalahan United pada awal pagi tadi.

Edinson Cavani, Victor Lindelof, Luke Shaw, Donny van de Beek dan Scott McTominay berada di bangku simpanan begitu juga dengan Dean Henderson. Mungkin mereka merasakan mereka akan menang mudah dalam perlawanan tersebut dan mereka boleh meletakkan barisanan pemain yang mereka mahukan. Tetapi keputusan Solskjaer dilihat salah.

Selepas hampir tamat permainan, Cavani, Shaw dan Van de Beek di bawa masuk sebagai pemain gantian. United dilihat cuba sedaya upaya untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi amat memalukan kerana ia sudah terlalu lewat. Apa yang akan berlaku selepas ini? momentum kemenangan telah berakhir. 13 perlawanan tanpa kalah terkubur dengan cara yang memalukan.

Semua orang tahu kepadatan jadual perlawanan untuk bulan 1 dan bulan 2 ini, tetapi apabila para pemain telah mendapat momentum kemenangan, pertukaran pemain secara drastik tidak seharusnya dilakukan. Dengan peluang mereka untuk berada di landasan kejuaraan adalah tepat, mereka seharusnya meneruskan keinginan untuk mendapatkan kemenangan dan bukan bermain sambil lewa.

Pasukan Sheffield United telah mendapatkan 3 mata buat pertama kalinya selepas 48 tahun di Old Trafford. Bagi United ini merupakan perlawanan ke-3 berturut-turut mereka telah melepaskan gol pertama. Jaringan gol pertama Sheffield United hadir menerusi Bryan yang merupakan pemain akademik Manchester City, telah memberikan bekas pasukannya itu terus berada di puncak liga. Ketua pasukan United Harry Maguire telah menyamakan kedudukan 1-1 dan itu merupakan gol pertamanya di Old Trafford. Tetapi dalam masa yang singkat kealpaan barisan pertahanan United membolehkan Oliver Bruke melepaskan tendangan yang terkena Axel Tuanzebe lalu menerjah jaring.

Unite seharusnya bermain seperti mereka selalu bermain. Mereka perlu tahu yang hadiah kejuaraan liga adalah sesuatu yang berharga bagi setiap pemain. Mereka seharusnya menang dalam setiap perlawanan. Para pemain United juga dilihat secara keseluruhannya mampu bermain 2 perlawanan dalam tempoh masa beberapa hari. Tidak ada isu kepenatan yang patut berlaku.