Solskjaer kecewa dengan jentera serangan United

0

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui bahawa dirinya tidak berpuas hati dengan bahagian serangan United yang tidak memanfaatkan peluang terhidang sehingga mereka menyukarkan keadaan untuk menewaskan West Ham.

Menurut Solskjaer,United seharusnya lebih tajam dalam memanfaatkan peluang dan menjalani perlawanan sehingga lebih 120 minit adalah sesuatu yang penat dan merugikan.

“Pada perlawanan hari ini,kami mempunyai sekitar 15 atau 17 percubaan dan kami seharusnya lebih tajam.”

“Kami seharusnya mengakhiri perlawanan ini lebih awal,ketika perlawanan ini masih berjalan pada waktu normal.Tetapi kadang-kadang itu tidak terjadi, dan kami menghadapi beberapa kesulitan di babak kedua.”

“Pada babak pertama kami mempunyai dua atau tiga peluang besar, menerusi Anthony [Martial], Mason [Greenwood] dan tandukan dari Victor Lindelof yang diselamatkan penjaga gawang.”

“Pada separuh masa pertama kami menguasai dan kami mengawal perlawanan.Tetapi saya tidak berpuas hati dengan persembahan kami pada babak kedua.”

“Setelah kami menjaringkan gol pertama, kami seharusnya dapat menjaringkan dua atau tiga gol lagi.Kami banyak mensia-siakan peluang ketika kami dapat mengawal perlawanan.” 

- Advertisement -