Solskjaer gesa pihak pengurusan memberikan kontrak baru kepada lima pemain penting United

0

7AB9D1AB-9B7F-440A-98C1-B5BA0D0C1986Ole Gunnar Solskjaer telah mengemukakan permintaan kepada pihak pengurusan Manchester United untuk memberikan tawaran kontrak baru kepada lima pemain utama United. 

Solskjaer kini sedang merangka projek jangka masa panjangnya bersama Manchester United.Pada musim 2021/2022, Solskjaer telah berjaya membawa dua pemain penting iaitu Jadon Sancho dan Raphael Varane.

Perpindahan Sancho dan Varane diyakini dapat membantu United menjadi lebih kompetitif dalam sasaran merebut kejuaraan liga.

Selepas dua perpindahan itu, Solskjaer kini fokus untuk berusaha mengekalkan semua pemain terbaik dalam skuad United.Laporan dari Sky Sports,mendedahkan bahawa salah seorang daripada lima pemain kunci yang dicadangkan oleh Solskjaer untuk mendapatkan kontrak baru ialah Paul Pogba. Kontrak pemain Perancis dengan United akan tamat pada Jun 2022.

Pada masa ini, Pogba dan United tidak mempunyai perjanjian kontrak baru.Beberapa sumber mengatakan Pogba telah menolak rundingan awal. Sementara itu, Mino Raiola memberi petunjuk kuat bahawa Pogba akan berpindah.

Keputusan mengenai masa depan Pogba masih belum dibuat.Namun, kini khabar angin beredar bahawa PSG sedang menyiapkan kontrak besar untuk pemain berusia 27 tahun itu. PSG bersedia membayar Pogba lebih banyak daripada yang mereka lakukan di United sekiranya pemain itu bersedia untuk menyertai PSG musim depan.

Selain Pogba, Solskjaer juga mahu United memberikan kontrak baru kepada Harry Maguire kerana Kapten United itu menjadi pemain yang sangat penting. 

Berikut adalah senarai lima pemain United yang telah dicadangkan oleh Solskjaer untuk diberikan kontrak baru:

•Harry Maguire

•Luke Shaw

•Marcus Rashford

•Bruno Fernandes

•Paul Pogba

Sumber: Sky Sports

- Advertisement -