Solskjaer dedah dirinya faham tentang situasi VDB ketika ini

0

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui bahawa dirinya memahami situasi kurang gembira yang dialami oleh pemain yang direkrut musim panas lalu Donny van de Beek ekoran tidak mendapat minit permainan yang lebih di Old Trafford.

Pemain berusia 23 tahun ini hanya berjaya menjadi starter sebanyak dua kali di Liga perdana Inggeris sejak perpindahannya dari Ajax musim panas lalu.

Donny van dee Beek yang berpindah dari Ajax pada musim panas telah diramalkan akan memainkan peranan penting di kelab itu tetapi sejauh ini ia masih berjuang untuk masuk ke dalam skuad utama.

Sejauh ini Van de Beek telah membuat 21 penampilan musim ini, dengan sepuluh daripadanya di Liga Perdana Inggeris.

“Saya tidak mahu mengatakan bahawa Donny ketika ini berada dalam situasi gembira.”Sudah tentu sebagai seorang pemain dia mahu bermain lebih kerap.

“Kami ketika ini dalam keadaan baik dan mempunyai sejumlah pemain yang bermain dengan baik di kedudukannya.”Dia banyak mengingatkan saya pada diri saya,ketika saya pertama kali datang ke Manchester United tetapi dia memahami kesukaran dan cabaran”.

“Saya juga mempunyai nasib yang sama ketika dibawah Sir Alex [Ferguson].Semasa dia tidak menurunkan saya,saya faham dan saya gembira kerana kemenangan pasukan dan Donny adalah pemain seperti itu.”Dia tahu dia penting buat kami dan tahu dia akan bermain banyak perlawanan di masa depan”.

- Advertisement -