Buletin Manchester United

1577B107-9B0C-41C4-B6E6-15B31CA6E540

Solskjaer dedah alasan menurunkan VDB sehingga terpaksa korbankan Bruno

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, mengungkapkan alasan mengapa dirinya meletakkan Bruno Fernandes di bangku simpanan dalam perlawanan menentang Liverpool.

Pada perlawanan awal pagi tadi,Solskjaer telah membuat beberapa perubahan pada skuadnya dalam perlawanan ini dimana nama Donny van de Beek tersenarai untuk memulakan perlawanan.

Bukan itu sahaja, Solskjaer juga merehatkan David de Gea untuk memberi laluan kepada penjaga gol mudanya Dean Henderson.

Selepas perlawanan, Solskjaer mengungkapkan alasan mengapa melakukan beberapa perubahan dalam perlawanan menentang Liverpool, termasuk meletakkan Fernandes di bangku  simpanan.

“Mereka [Henderson & Van de Beek] sentiasa bersungguh-sungguh setiap hari pada sesi latihan.”Tentu saja mereka bekerja keras untuk mendapatkan peluang dalam pertandingan ini.

“Ini adalah perlawanan besar bertemu pasukan terbaik di England dalam beberapa musim terakhir.

“Ini juga berkaitan untuk menjaga kecergasan pemain untuk sentiasa sihat.

“Kami tahu ini adalah musim yang panjang dan kami harus memiliki pemain baru dalam setiap perlawanan yang kami mainkan.”