Solskjaer berterima kasih kepada pengurusan United

0

Ole Gunnar Solskjaer telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada pengurusan United kerana terus bertahan walaupun pahit dibawah pengurusannya pada kali ini. Ini berikutan berita daripada pasukan lawan, Chelsea yang telah memecat pengurus mereka Frank Lampard selepas mencatatkan 1 kemenangan dalam 5 perlawanan. Roman Abramovich telah melakukan tugasnya kerana inginkan kejayaan segara seperti yang diperkatakan oleh para peminat. Bagaimana pula langkah bagi Ed Woodward dan Adik beradik Glazers?

‘Solskjaer berkata, ‘Kami tahu kami akan menempuhi tempoh yang suka pada permulaan pengurusan saya sejak hari pertama saya sertai United. Tetapi kami terus mara kehadapan dan cuba bertahan. Saya mempunyai sokongan daripada pengurusan kelab dan kepimpinan yang dipamerkan oleh mereka amat tenang dan tidak tergopoh-gapah. Kami telah mengharungi beberapa siri perlawanan buruk dan pahit sepanjang tempoh saya bersama United.’

‘Saya simpati dengan nasib Frank Lampard. Dia mempunyai karakter yang kuat dan saya pasti dia akan kembali dalam kariernya dalam masa terdekat. Saya pernah melihat dia membawa Chelsea berada di kemuncak liga pada suatu ketika, dan terkejut dengan prestasi semasa pasukannya. Tetapi dia seperti saya, dia sangat mempercayai bakat pemain muda dalam pasukan.’

‘Saya telah mengatakannya berulang kali, kami melihat pada skuad kami, melihat situasi di mana kami berada dan kami membuat perancangan jangka panjang. Kami tahu akan ada beberapa tempoh masa yang tidak menentu dan kami harus terus kuat mental kami. Kepemimpinan yang pihak pengurusan pamerkan sangat kuat dan mantap untuk membuatkan saya sangat berterima kasih atas komunikasi yang terbuka dan jujur ​​sepanjang masa.’

Pasukan Solskjaer akan bertemu dengan pasukan Sheffield United pada awal ini untuk meneruskan rekod cemerlang mereka ketika ini. United tidak pernah kalah sejak 1 november lepas dengan 10 kemenangan dan 3 seri dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

- Advertisement -