Solskjaer berterima kasih kepada Edinson Cavani

0

Edinson Cavani telah diberi penghargaan oleh Oleh Gunnar Solskjaer selepas membantu pemain muda mereka, Mason Greenwood mendapatkan gol pada perlawanan menentang Liverpool baru-baru ini. Pemain muda ini telah menghadapi tekanan yang tinggi selepas hanya mampu menjaringkan 1 gol selepas 16 perlawanan. Diharapkan kejayaannya menjaringkan gol cantik ketika United menewaskan Liverpool 3-2 menjadi inspirasi buat dirinya untuk mencari lebih banyak gol.

Penyudah jaringan yang dilakukan Greenwood cukup berkualiti selepas mendapat hantaran cantik dari rakan sepasukan, Marcus Rashford. Jika anda perasan, Cavani terus menuju kepada anak muda ini. Sekarang, Solskjaer sangat percaya dengan sesi latihan bersama dengan pemain veteran ini banyak memberi pengalaman baru kepada Greenwood.

‘Saya rasa, pada separuh musim berikutnya ini, Greenwood akan menjadi nadi utama pasukan serangan untuk pasukan kami. Tetapi, kita tidak akan 100% bergantung kepada anak muda ini. Kali terakhir dia menjaringkan gol ketika menentang West Ham dan kita akan berharap dia menjumpai semula penyudah yang di cari-carinya.’

‘Dia semakin matang dan bertambah baik permaianan yang dipamerkannya. Semuanya terima kasih kepada latihan bersama Edinson Cavani hampir separuh musim. Dia telah mempunyai sikap yang baik. Rugi bagi seseorang pemain muda jika tidak menuntut ilmu berharga daripada pemain berpengalaman seperti Edinson Cavani dan Bruno Fernandes. Saya yakin, Greenwood menambah koleksi gol dan mencipta peluang gol untuk rakan sepasukan.’

Cavani yang berusia 33 tahun, telah mempamerkan watak seperti seorang abang yang memberi tunjuk ajar kepada adik-adik-adik sejak hadir ke United dengan perpindahan percuma pada awal musim ini. Dia tidak bermain dalam perlawanan kompetitif sejak bulan mac 2020. Dia kini telah meledak 5 gol dalam 18 penampilannya bersama United tetapi Solskjaer tidak mengharapkan jumlah jaringan daripada Cavani. Solskjaer mahukan kerjasama dan pengalaman yang ada pada pemain veteran ini dicurahkan kepada rakan sepasukan terutamanya pemain-pemain muda.

‘Antara perkara yang dilakukannya yang menjadi rutin pemain-pemain penyerang kami hari ini adalah dengan melakukan larian sejauh 12km di dalam permainaan. Pemain penyerang akan melakukan asakan kepada pemain pertahanan dan penjaga gol lawan disamping cuba untuk mendapatkan bola daripada pemain tengah. Walaupun Cavani ada membuat kesilapan hantaran untuk gol kedua Liverpool, dia hampir berjaya mendapatkan bola tersebut kembali selepas membuat larian dari kawasan tengah.’

‘Reaksinya, cara dia bekerja, dan sikapnya itu sangat dihargai oleh saya kerana anda memang bermain bersungguh-sungguh untuk pasukan. Pengalaman dan sikap seperti ini sangat memberi pelajaran kepada kami semua.’

- Advertisement -