Solskjaer Bayangkan Lingard Yang Dahulu Sudah Kembali

0

Jesse Lingard telah diyakinkan untuk berada dalam rancangan pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer untuk menyegarkan skuad semasa musim ini. Bercakap dalam temubual selepas aksi menentang Leeds kelmain, Solskjaer mengemaskini sedikit mengenai status semasa Lingard dan Dean Henderson.

0_GettyImages-1331222602

Ole telah melepaskan Lingard keluar dipinjamkan ke West Ham musim lalu (menjadikan West Ham kelab kelima beliau beraksi secara pinjaman) dan telah mendapat banyak pujian dan peningkatkan dalam permainannya. Pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan sembilan gol untuk Hammers dan menambah lima bantuan gol dalam 16 penampilan Liga Perdana Inggeris semasa berada bersama kelab London itu.

https___thetopflight.com_wp-content_uploads_getty-images_2018_08_1232131806-850x560

Setelah memuji kekuatan serangan yang dimiliki Bruno Fernandes, Jadon Sancho, Mason Greenwood, Marcus Rashford, Dan James dan Edinson Cavani, Solskjaer turut menambah bahawa Lingard, yang baru pulih dari positif COVID-19, sebagai ancaman kepada pertahanan lawan.

Jesse-Lingard-Dance

Solskjaer mengenai pilihan ofensif: “Jangan lupa Jesse Lingard. Beliau telah mencipta semula dirinya dan kami telah menemui pemain yang kami kenal sebelum ini. Dengan kualiti yang dimilikinya, beliau akan memainkan peranan besar.”

“Tentunya ada lebih banyak putaran pemain (selepas ini). Mereka (yang tidak bermain) pasti akan lebih ghairah dan segar. Anda harus mempunyai skuad yang besar dan mantap untuk bersaing dalam kejuaraan ini. Ini adalah kejuaraan terbaik di dunia.”

Solskjaer mengenai status semasa Henderson: “Kami akan melihat bagaimana keadaan beliau esok dan adakah beliau dapat mengikuti latihan. Saya harap beliau akan berasa lebih baik.”

“Kami mempunyai tempoh lapan hari [antara perlawanan menentang Leeds dan Southampton] jadi kami hanya perlu bekerja keras dan melihat siapa yang sesuai untuk beraksi dan bersedia.”

- Advertisement -