Solskjaer balas sindiran Kloop yang menuduh United bermain secara bertahan

0

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, akhirnya membuka suaranya untuk mengulas mengenai tuduhan Jurgen Klopp yang mengatakan bahawa pasukannya bermain secara bertahan ketika pertemuan mereka di Anfield hujung minggu lalu. 

Dalam sidang medianya Solskjaer mengakui bahawa dirinya tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Kloop mengenai United.Ia mengatakan bahawa dalam perlawanan itu Manchester United secara konsisten bermain dengan matlamat untuk sentiasa menyerang.

Baru-baru ini Jurgen Klopp telah mengkritik strategi permainan Manchester United yang dianggapnya terlalu defensif ketika United tampil menentang Liverpool di Stadium Anfield hujung minggu lalu.

“Kami  sentiasa menyerang setiap kali kami mengawal bola, mungkin itu terlalu banyak. Kami terus memberi tekanan kepada mereka dan itu adalah tantangan kami kepada mereka kerana kami sentiasa cepat untuk menyerang.

“Sekiranya ada orang yang menganggap kami tidak menerapkan bola sepak menyerang, saya tidak mengerti mengapa orang itu berfikir seperti itu. Kerana kebanyakkan permainan Kami terus memberi tekanan.

“Kami mempunyai kualiti untuk melakukannya kerana kami sentiasa akan melakukan yang lebih baik.Kami berusaha untuk terus menekan mereka dan itu tidak mudah kerana mereka juga menunjukkan prestasi yang sangat baik.

“Kami tidak pernah terfikir untuk pergi ke sana untuk bermain dengan bertahan dan berusaha untuk keluar dari tekanan. ”

“Mereka mempunyai lima pemain tengah dengan penjaga gol tambahan yang cemerlang.Sekiranya anda melihat kembali perlawanan itu, saya fikir kedua-dua pasukan menunjukkan prestasi yang sangat baik.”Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan kami.

- Advertisement -