Solskjaer anggap Cavani profesional kerana sanggup menyerahkan jersi No7 kepada Ronaldo

0

0CB2D405-7884-4FAF-B3A3-990D8A22851D

Menerusi sidang medianya menjelang pertemuan dengan Newcastle United pada malam ini,Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memuji sikap Edinson Cavani yang secara sukarela menyerahkan jersi nombor 7 kepada Cristiano Ronaldo.

Solskjaer menyebut Cavani sebagai pemain yang betul-betul profesional dan menganggap pemain itu sentiasa menunjukkan sikap terpuji sebagai pemain senior.

Setelah secara rasmi menjadi pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo akhirnya kembali menggunakan nombor keramat United yang ditinggalkannya selama 12 tahun iaitu nombor 7. 

“Sikap Edinson sangat luar biasa dan musim lalu dia juga bermain dengan sangat baik.Cristiano telah bercakap dengan Edinson dan mereka  juga saling berbincang mengenai itu.

“Sikapnya yang Memberi nombor itu menunjukkan rasa hormatnya terhadap Cristiano,” kata Solskjaer, seperti dilaporkan oleh Manchester Evening News. 

- Advertisement -