Solskjaer akui gembira melihat perkembangan United ketika ini

0

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui bahawa dirinya gembira melihat perkembangan pasukannya.

Pengurus dari Norway ini menilai bahawa pasukannya kini jauh lebih baik dari aspek fizikal dan mental daripada tahun lalu sehingga mereka berjaya berada di kedudukan teratas liga.

Manchester United boleh dikatakan sebagai pasukan ‘underdog’ dan telah dinilai sebagai pasukan yang bukan pilihan untuk  kejuaraan EPL pada awal musim ini.Ini tidak dapat lari dari persembahan The Red Devils yang tidak stabil sehingga satu ketika mereka hampir memasuki zon bawahan liga.

Namun, dalam dua bulan terakhir, United mula menunjukkan prestasi yang mantap dan Hasilnya kini pada minggu ke-19 EPL ini,United telah berada di tangga teratas EPL.

“Pada masa ini kami semakin baik,” kata Solskjaer kepada MUTV.”Pemain kami semakin baik dari hari ke hari.Mereka lebih kuat dan lebih kuat dari segi fizikal dan mental.”

“Kami telah melihat bahawa mereka berulang kali melakukan kebangkitan setelah ketinggalan 1-0 jadi saya berpuas hati dengan kemajuan ini. Saya gembira dengan cara mereka membuat persiapan.”

Dalam pada masa yang sama,Solskjaer juga enggan banyak membincangkan mengenai peluang pasukannya untuk memenangi EPL.

Dia berpendapat bahawa United pada masa ini harus sentiasa fokus pada setiap perlawanan dan tidak perlu memikirkan kedudukan dalam liga.

“Kami tidak ingin terlalu memikirkan hal ini.Kami harus fokus dari satu perlawanan ke perlawanan yang lain, dan kami harus memastikan semua pemain kami sihat, maka kami akan melihat di mana kami berada.” 

- Advertisement -