Solskjaer akui dia telah lakukan kesilapan selepas terlalu banyak beri masa bermain kepada Bruno

0

Pengurus Manchester United telah mengakui setipa keputusan yang dia lakukan ada kala tidak tepat pada waktunya.

Solskjaer telah ditemubuak ESPN mengakui kesilapan yang paling utama dalam keputusannya adalah dengan terlalu mengharapkan dan beri masa bermain yang lebih kepada bintang mereka, Bruno Fernandes.

Nama Bruno Fernandes kerap berada dalam kesebelasan utama United dan perkara itu membuatkan Bruno keletihan selepas separuh musim saingan liga.

‘Kita memerlukan pemain yang cergas pada bulan April dan Mei. Kami perlukan pemain-pemain yang mampu melakukan sesuatu kepada pasukan. Pada musim lepas, Bruno adalah orangnya. Tetapi saya terlalu kerap menurunkannya dalam setiap perlawanan kerana saya merasakan dia merupakan pemain yang penting dalam pasukan.’

‘Dengan kehadiran kembali Jesse Lingard, Jadon Sancho dan Martial dalam pasukan utama kami, ia beri kami peluang untuk melakukan sesuatu yang berlainan dengan corak permainan kami.’

Jika Lingard kekal bersama United pada musim ini, Solskjaer dilihat akan membuat pengiliran yang lebih baik daripada memaksa Bruno bermain setiap perlawanan. United juga ada Juan Mata sebagai ‘backup’ pemain kepada Bruno Fernandes.

Donny van de Beek berkemungkinan akan mendapat peluang bermain yang lebih baik pada musim keduanya ini. Selain itu, pemain muda seperti Hannibal dan Shola Shoretire juga boleh memberikan pilihan tambahan untuk Solskjaer kepada pasukan dalam perlawanan seperti piala domestik dan ketika menentang lawan yang mudah.

Pada musim lepas, ketika United telah mendahului Real Sociedad dengan 4-0 untuk perlawanan pertama, Solskjaer masih lagi menurunkan Bruno untuk perlawanan kedua di Old Trafford. Perkara ini telah membuktikan Solskjaer terlalu berharap kepada kederat Bruno dalam setiap perlawanan sedangkan United sudah berada dikedudukan yang selesa pada perlwanan pertama.

Solskjaer dilihat enggan meletakkan Bruno di bangku simpanan. Solskjaer kurang memberi kepercayaan kepada pemain-pemain yang lain dalam pasukannya. Lingard telah membuktikan perkara tersebut. Selepas dia bermain sebagai pemain pinjaman di West Ham, prestasi Lingard berada di tahap terbaik. Solskjaer mengakui perkara tersebut dan memastikan musim ini peluang kepada pemain lain akan diberikan dan dia harus mempercayai kualiti pemain tersebut.

- Advertisement -