Solskjaer akan menerapkan taktikal baru pada musim depan

0

Manchester United boleh dikatakan memandang serius pada musim 2021/22 kerana menurut sumber dari ESPN Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membuat taktikal baru yang lebih tersusun pada musim baru.

Musim lalu, pencapaian United dalam liga boleh dikatakan sangat baik kerana mereka telah berjaya menduduki tempat kedua dan berjaya ke final Liga Europa.

Meskipun begitu pihak kejurulatihan United sama sekali tidak berpuas hati kerana tidak berjaya mengakhirinya dengan mengecapi kejuaraan sehingga telah membuatkan Solskjaer bertekad untuk mengecapi kejuaraan liga pada musim baru ini.

Menurut laporan ESPN, Solskjaer telah membuat persiapan untuk musim depan. Mereka akan mengubah formasi musim depan.

Menurut laporan itu, Manchester United akan meninggalkan formasi 4-2-3-1 yang mereka gunakan musim lalu.

Solskjaer akan menerapkan skema 4-3-3 yang ketika bermain akan berubah menjadi 4-1-4-1, dengan Bruno Fernandes dan Paul Pogba bermain sebagai pemain nombor 10.

Dengan taktikal ini, Solskjaer menginginkan Manchester United bermain lebih banyak serangan dengan memaksimumkan Pogba di kedudukan terbaiknya.

Kesan dari formasi baru ini, terdapat beberapa nama yang harus dikorban Seperti Fred dan Scott McTominay yang banyak bergandingan bersama musim lalu dimana pada musim depan hanya satu daripada mereka yang akan digunakan.

Sementara itu, Donny van de Beek dilaporkan akan menjadi pelapis kepada Pogba dan Fernandes di posisi no 10. 

Manchester United akan menguji taktikal ini pada hujung minggu ini.Mereka akan menghadapi Derby County di Pride Park dalam perlawanan persahabatan.

- Advertisement -