Skuad Manchester United bertambah baik

Manchester United kini memiliki barisan pemain yang lebih baik pada musim ini

0

Pada perlawanan menentang Leeds United di Old Trafford ,Sabtu lalu,skuad Manchester United yang beraksi dalam kesebelasan utama dan juga yang berada di barisan pemain simpanan juga bukanlah selalu diturunkan oleh Ole Gunnar Solskjaer pada musim lepas.

Manchester United menentang Leeds dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris buat musim 2021/2022 tanpa kehadiran beberapa pemain penting pada musim lepas seperti Marcus Rashford dan Edinson Cavani.

 

IMG_20210814_230541_948

Manakala di barisan pemain simpanan pula, Solskjaer meletakkan pemain yang sebenarnya bukanlah pemain yang selalu bermain pada musim lepas. Ada pula antara mereka yang pada musim lepas beraksi bersama pasukan lain. Contohnya adalah Diogo Dalot, Andreas Pereira dan Tom Heaton.

Ramai peminat menjangkakan yang Ole Gunnar Solskjaer bakal merombak corak formasi kegemaran beliau iaitu formasi 4-2-3-1 pada musim ini dalam perlawanan sulung musim ini,namun ianya bukanlah boleh dirombak dengan sekelip mata.

Solskjaer masih menggandingkan Fred dan McTominay bagi memperkukuhkan barisan pertahanan tengah yang ditunjangi kapten, Harry Maguire dan juga Victor Lindelof.

Dalam perlawanan pra musim terakhir United sebelum ini, gandingan Van De Beek dan Nemanja Matic beraksi dengan begitu cemerlang dan ini adalah suatu perkara yang cukup positif buat Solskjaer pada musim ini.

Kehadiran semula Jesse Lingard yang bersemangat untuk mendapatkan semula kedudukannya dalam kesebelasan utama United menambah sakit kepala Solskjaer. Itu belum lagi dikira Anthony Martial, Elanga, Juan Mata, Marcus Rashford, Daniel James dan Jadon Sancho yang boleh beraksi pada posisi yang sama.

E70ZRRaXoAE-MoO

Pemain pertahanan tengah terbaru, Raphael Varane yang cukup berpengalaman serta berkelas dunia, dibeli dari Real Madrid dengan harga sekitar £42 juta, menambah lagi percaturan yang perlu dilakukan  Ole Gunnar Solskjaer ,setelah persembahan yang baik ditunjukkan Victor Lindelof dalam perlawanan lepas. Nasiblah Axel Tuanzebe sudah dipinjamkan ke Aston Villa, jika tidak, kempunan lagi pemain muda dari akademi United tersebut untuk beraksi pada musim ini.

Apa apapun, musim baharu sahaja bermula.Baru satu perlawanan kompetitif telah dilalui. Mengikut purata jumlah perlawanan kompetitif yang dilalui United sejak 3 tahun kebelakangan ini, United perlu mengharungi lebih kurang 52 perlawanan semusim, termasuklah 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Justeru, memiliki skuad depth yang baik adalah amat mustahak buat Ole Gunnar Solskjaer bagi menempuh musim yang panjang ini.

Pun begitu, beberapa pemain masih perlu atau terpaksa dipinjamkan/dijual bagi memberi mereka peluang untuk mendapatkan minit bermain bersama pasukan lain.

Kita tunggu apa yang terjadi pada tarikh tutup jendela perpindahan pemain pada 31 Ogos ini.

- Advertisement -