SIUUUUU. Apa tu?

0

Mesti ramai yang kurang tahu. Ayuh kita kongsi cerita bersama.Selepas menjaringkan gol, Cristiano Ronaldo berlari ke tepi padang, melompat sambil memusingkan badan dengan tangan merentang dan menjerit ‘siuuu’. (penyokong turut menjerit SIUUUUUU bersama.)

Mendedahkan maksud di sebalik aksi ‘siuuu’ yang kian menjadi gaya ikonik dan di tiru oleh ramai pemain-pemain di rata dunia, Ronaldo berkata ‘trademark’ berkenaan sebenarnya tidak pernah dilakukan beliau semasa menyarung jersi United dari 2003 hingga 2009.

Segalanya bermula di Real Madrid pada 2009. “Pada mulanya saya mengatakan‘ si ’, yang bermaksud seperti‘ ya ’, ketika itu saya bersama Real Madrid.

Saya berada di Amerika Syarikat dan kami menentang Chelsea (pada 2013) dan saya tidak tahu dari mana gaya itu datang.

“Saya menjaringkan gol dan sejujurnya, secara spontan melakukan aksi tersebut. Sejak itu saya mula menggunakan dengan lebih kerap.
“Bila saya meraikan jaringan seperti itu, saya nampak penyokong sudah boleh mengagak dan mereka akan menjerit seperti‘ Cristiano, siiiiiuuu ! Saya berasa seperti..wow !! Peminat mengenali saya kerana gaya lompatan itu! Ia sangat bagus dan saya teruskan.”

- Advertisement -