Situasi kontrak Pogba akan menentukan perbincangan perpindahan Haaland untuk musim 2022 kelak

0

Man United mempunyai impian untuk mendapatkan Erling Haaland pada musim 2022. Satu lagi perpindahan yang berkemungkinan berlaku dimana Romelu Lukaku akan berpindah ke Chelsea.

Ini bakal menjadi situasi getir bagi Mino Riola. United akan sekali lagi berhubung dengan Riola. Hubungan dingin di antara kedua-dua pihak ini pasti menarik.

Riola sebelum ni pernah mengeluarkan kenyataan di mana Pogba mahu meninggalkan United disebabkan keinginan bermain dalam kejohanan Piala Juara-Juara Eropah.

Selain itu, Riola juga pernah mengkritik hebat pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dan bekas lagenda United Paul Scholes mengenai situasi dalaman pasukan United.

Namun Solskjaer sentiasa tenang dalam mengawal setuasi semasa pasukannya itu. Ketika ramai mempersoalkan mengenai kontrak Pogba. Adakah dia akan dijual atau tawaran kontrak baru akan diberikan? Solskjaer memberitahu yang dia akan menjadi watak penting di bahagian tengah pada musim ini. Dia akan berada dalam kesebelasan utama dalam perlawanan pembukaan liga nanti.

Namun United dalam situasi bahaya untuk perpindahan Haaland. Riola pasti mahu berurusan dengan kelab yang ingin membayar gaji yang tinggi bagi majikan die. Di samping itu dia pasti mahukan bayaran komisyen untuk pihaknya juga tinggi. United pasti tercabar dengan urusan kali ini nanti.

Namun, keinginan Haaland untuk berpindah ke mana-mana kelab pasti akan diikuti oleh Riola. Riola harus memudahkan urusan Haaland untuk memberikn kegembiraan kepada Haaland itu sendiri.

Jadinya, untuk tahun 2022 mahu atau tidak mahu, United harus berurusan dengan sekali lagi dengan Dortmund dan Riola.

Namun demikian, walaupun baki kontraknya dijangka mampu dibayar oleh United, Dortmund pasti tidak akan melepaskan dengan mudah. Mereka dijangka akan meletakkan syarat tambahan untuk meningkatkan lagi harga Haaland ini. Ia terjadi sewaktu perpindahan Dortmund. United pastu sudah tahu taktik permainan ini.

Dengan jaringan 40 gol dalam 43 perlawanan sudah menunjukkan bakat yang sebenar Erling Haaland ini. Jadi lebih mudah bagi sesebuah kelab itu berurusan dengan ejen pemain tersebut jika dibandingkan dengan pasukan itu sendiri.

Seterusnya cerita Pogba. Jika United berjaya memujuk Pogba untuk menandatangi kontrak baru bersama United, makanya ini akan membuktikan United mampu melakukan perbincangan yang baik dengan Riola.

Dengan kejayaan ini pasti urusan perbincangan United untuk mendapatkan Haaland akan berjalan dengan lancar.

Jika United gagal dalam situasi mengekalkan Pogba, makanya, kita pasti akan mengetahui akan ada kesukaran bagi United untuk membawa Haaland ke Old Trafford. Riola adalah punca kegagalan perbincangan Pobga dengan United kerana Solskjaer telah memberitahu Pogba merupakan watak utama pasukan. Jadi mustahil United mahu menjual Pogba melainkan ada orang tengah yang mengagalkan urusan tersebut.

- Advertisement -