“Sir alex merampas Ronaldo dari saya”!Wenger kenang kembali kegagalannya mendapatkan CR7

0

08274899-1CA5-4C34-B003-91740A5A65EA

Bekas pengurus Arsenal,Arsene Wenger mengakui bahawa dirinya masih tidak dapat melupakan kegagalannya mendapatkan Cristiano Ronaldo ketika pemain itu masih berusia 18 tahun. 

Ronaldo pertama kali menjejakkan kaki di Old Trafford pada tahun 2003, tepat setelah Manchester United menandatanganinya dari Sporting Lisbon dengan harga 10.2 juta pound.Namanya menjadi semakin hangat sejak bermain dengan The Red Devils.

Ronaldo telah menghabiskan enam musim sebagai pemain Manchester United sebelum memutuskan untuk berpindah ke Real Madrid pada tahun 2009. Ronaldo telah mencapai banyak pencapaian, dari peringkat kelab hingga pencapaian individu dimana ia telah menjaringkan 118 gol dalam 292 permainan.

Setelah berkelana berkeliling dunia bersama Real Madrid dan Juventus, Ronaldo akhirnya kembali  ke Old Trafford.Dia direkrut dengan harga 12 juta pound, tidak termasuk bayaran tambahan, pada akhir jendela perpindahan musim panas.

Kepulangan Ronaldo ke EPL berjaya menarik perhatian banyak kalangan seiring dengan kepulangannya ke England.

Dan disebabkan itulah bekas pengurus Arsenal Wenger mengenang kembali peristiwa kegagalannya mendapatkan Ronaldo. 

Wenger mengakui bahawa kegagalanya mendapatkan Ronaldo kerana mereka tidak mempunyai sokongan kewangan untuk membawanya ke Highbury (Stadium lama Arsenal).

“Dia mengunjungi tempat latihan kami dan bahkan telah memakai jersi Arsenal! Tetapi kami hanya mampu membayar sekitar £3.4 juta.[Sir Alex] merampasnya dari saya! Dengan harga £10.2 juta” ujar wenger kepada Bild.

Wenger juga mengulas mengenai kepulangan Ronaldo ke England.Dia mengakan kepulangan Ronaldo seperti kisah cinta yang diinginkan oleh banyak orang. 

“Ini adalah kisah cinta yang ingin anda lihat. [Dia ditandatangani semula] lebih daripada alasan sukan, ia juga sesuatu yang emosional.Saya tidak fikir keputusan ini 100 peratus rasional,” kata Wenger.

“Mencari keseimbangan dalam pasukan akan menjadi cabaran terbesar.Tetapi pemain dengan banyak pengalaman akan menjaringkan banyak gol.

(Bild)

- Advertisement -