Sir Alex Ferguson memuji kapten Liverpool Jordan Henderson

0

Sir Alex Ferguson berkata dia tidak terkejut dengan Jordan Henderson yang dikatakan berjaya mencapai kemuncak kariernya selepas pengurus lagenda United ini telah melepaskan peluang untuk menandatangani Henderson pada usia muda. Henderson yang kini berusia 30 tahun menyertai Liverpool pada tahun 2011 telah menarik minat kebanyakan pasukan selepas memperagakan aksi bertenaga dikelab Sunderland pada usia mudanya.

Ferguson mengakui United berminat untuk mendapatkan khidmat Henderson pada usia 21 tahun. Tetapi, Ferguson mengenepikan peluang tersebut kerana tidak mengemari cara Henderson berlari. Ferguson telah menceritakan kisah tersebut selepas memuji Henderson sebagai seorang pemain yang berkualiti disamping mendapat tunjuk ajar dari Jurgen Klopp sekaligus  mencapai kejayaan Liga Perdana Inggeris dan Piala Juara-Juara Eropah.

‘Kami telah bersedia untuk membuat tawaran ketika Henderson bermain untuk Sunderland. Saya berkata kepada Steve Bruce, saya mengemari pemain muda ini. Tetapi pasukan pegawai perubatan kami memberi nasihat dimana mereka tidak gembira dengan cara larian Henderson yang dikatakan boleh menyebabkan kecederaan.’

‘Saya perlu katakan, saya perlukan pemain yang sentiasa bersedia untuk memberikan aksi terbaik apabila diberi peluang bermain. Kami menggemari Henderson sebagai seorang pemain, dia sangat berkualiti dan apa kisah yang berlaku semasa dia di Liverpool membuatkan saya rasa itu satu kerugian bagi saya.’

Sir Kenney Dalglish merupakan pengurus Liverpool pada ketika itu yang telah membawa masuk Henderson pada 10 tahun lepas. ‘Dia akan angkat tangan dia jika dia membuat hantaran yang silap dan saya memberitahunya jangan lakukan perkara sedemikian kerana semua pemain ada membuat silap. Walaupun ia merupakan satu kesilapan tetapi jangan membuatkan ia seperti semua orang perlu tahu dan cuba atasinya serta main permainan anda seperti biasa.’

Sumber dari DailyMail Football

- Advertisement -