Akhirnya kejohanan piala dunia Qatar sudah mengesahkan pasukan mana yang akan berentap ke perlawanan akhir selepas juara bertahan Perancis menundukkan Morocco.
Perlawanan yang seimbang dari kedua pasukan dengan penguasaan lebih kepada Morocco tetapi jaringan memihak kepada juara bertahan Perancis
Dengan kemenangan tersebut mereka boleh mempertahankan kejuaraan dan lawannya ialah Argentina selepas semalam mengalahkan Croatia.
Apa yang positif disini ialah dua pemain pertahanan tengah United Varane untuk Perancis dan Martinez untuk Argentina akan pulang sebagai juara dunia.
Ini bertepatan ramalan Ten Hag salah seorang pemain United akan pulang ke Manchester dengan gelaran tersebut.
United menghantar 16 pemain termasuk pemain pinjaman ke piala dunia Qatar. Rata-rata pemain United yang beraksi menjalani kejohanan yang baik untuk negara masing-masing
Tetapi ada antaranya tidak bernasib baik untuk memenangi perlawanan dan tersingkir dari kejohanan. Dan kini hanya dua pemain United saja yang tinggal untuk merebut kejuaraan dunia.
Bagi Raphael Varane boleh memenangi nya sekali lagi dan Martinez memenanginya buat pertama kali.