Si bengis Roy Keane, ‘Selamat kembali Cristiano’

0

Ini merupakan perpindahan yang paling mengejutkan bagi Manchester United sehinggakan lagenda pemain tengah yang panas baran, Roy Keane juga memberikan reaksi gembira. Cristiano Ronaldo telah kembali ke United!!!

Roy Keane sambut kepulangan C.Ronaldo

United telah memberitahu secara rasminya di laman web mereka dan akan menjalankan prosedur ‘medical checkup’ dalam masa terdekat ini selepas perbincangan di antara Man United dan Juventus telah mendapat persetujuan bersama.

Roy Keane puji kualiti yang ada pada C.Ronaldo

Roy Keane telah bermain dengan C.Ronaldo pada musim 2003 dan 2005 dan dia sangat gembira dengan kehadiran semula rakan sepasukannya itu ke Old Trafford. Ronaldo merupakan salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini. Dia merupakan seorang lagenda bagi pasukan Manchester United. Dengan kehadiran semula C.Ronaldo ke United, dia telah dianggap sebagai lagenda sebenar selepas dikaitkan dengan isu perpindahan ke Man City pada sebelum ini.

Jika C.Ronaldo menyertai Man City, pasti perkara itu akan melukakan seluruh peminat Manchester United. C.Ronaldo masih mampu membantu United untuk mengecapi kemenangan mana-mana trofi pada musim ini. Dia akan melakukannya sekali lagi dihadapan hampir 75,000 penyokong di Old Trafford pada setiap minggu. Ia sesuatu yang sangat teruja bagi kesemua peminat Manchester United.

- Advertisement -