Shoretire Bergambar Bersama Skuad Utama United

0

Shola Shoretire merupakan pemain ketujuh termuda yang telah tampil bersama skuad utama Manchester United sepanjang zaman.

Pada musim baru ini, Shoretire berkemungkinan akan mengisi tempat skuad bawah 23 tahun dan skuad utama United. Sekiranya berpeluang bermain untuk skuad utama, Shoretire sentiasa bersedia untuk mempamerkan kualiti dan bakatnya.

Pintu sentiasa terbukanya ke skuad utama United dan yang pasti dia telah bergambar dengan jersi baru United bersama skuad utama.

Bintang muda United, Mason Greenwood telah membuat Naik satu gambar di sosial media miliknya mengenai Shoretire sedang beraksi di depan kamera dengan jersi baru United.

Pada musim lepas, Shoretire baru sahaja bermain sebanyak 3 kali sebagai pemain gantian. Dia masih menunggu lagi peluang untuknya mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Kemungkinan dia boleh beraksi dalam Piala Carabao untuk memberikan pengalaman berharga kepadanya.

Shoretire telah menunjukkan persembahan mantap selepas membuat 2 bantuan gol dalam 3 perlawanan pra-musim. Ketika ini Shoretire berada dalam skuad bawah 23 tahun United dan telah menghasilkan 1 gol ketika menentang Sheffield Wednesday awal minggu ini.

Dalam umur 17 tahun ketika ini, United tidak perlu terburu-buru untuk membawa Shoretire ke skuad utama. United begitu yakin dengan perkembangan anak muda ini dan akan memberikan peluang dan masa untuk dia membuktikan dirinya adalah pemain utama di masa depan.

- Advertisement -